Di sebuah bandar ada seekor anjing yang menjadi penjaga sebuah keluarga. Anjing tersebut amatlah setia dan sayang akan tuannya. Memandangkan tuannya menyedari bahawa ada seseorang yang menjadi ancaman akan keselamatannya, maka dia pun berpesan pada anjingnya. "Orang itu berbahaya, tolong lindungi saya dari orang itu dan jangan sesekali biarkan dia mendekati saya dan rumah ini".
Maka anjing itu dengan seraya menyalak kepada tuannya tanda memahami arahannya. Siang dan malam anjing tersebut mengawal rumah tuannya tanpa berganjak dari kawasan kediaman, memerhatikan orang yang dimaksudkan oleh tuannya. Anjing itu juga sanggup mengorbankan kesenangannya sendiri dan tidak bergaul dengan anjing-anjing lain yang terdapat di sekitar sehingga anjing yang lain menganggapnya kera sumbang kerana tidak bergaul.
Apabila orang yang dimaksudkan oleh tuannya cuba mendekati rumah, anjing tersebut segera menyerang tanpa mempedulikan keselamatannya. Penduduk di sekitar pun menganggap anjing itu gila kerana berkelakuan sedemikian. Tanpa mempedulikan tohmahan penduduk sekeliling dan juga kritikan binatang sejenisnya, ia meneruskan kerjanya berdasarkan pesan tuannya sebelum ini.
0Walaupun ia begitu garang, ia tetap melayani tetamu-tetamu tuannya yang lain dengan baik. Sehinggalah pada satu hari tuannya keluar dari rumah dan menjemput orang yang menjadi ancaman kepadanya masuk ke dalam rumah. Di hadapan rumah anjingnya merenung tajam ke arah tetamu yang dibawa oleh tuannya dan mula mengganas. Namun tuannya menegur anjingnya kerana berkelakuan sedemikian. Anjing tersebut tetap berpegang pada pesan tuannya dan mula hendak menyerang tetapi dimarahi oleh tuannya.
" Nda apa,saya di sini juga bah.."
Demikian ayat yang dihamburkan oleh tuannya dengan marah. Ia pun menjadi keliru dan rasa di khianati kerana selama ini dia menjaga tuannya dari individu tersebut tanpa mempedulikan dirinya sendiri.
Sudah nasib kau anjing.. kalau sudah anjing memang tetap anjing.
P/s: Anjing merupakan binatang yang mempunyai 1001 kegunaan kepada manusia. Ia satu-satunya haiwan yang setia dan sayang akan tuannya daripada dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment