Monday, November 23, 2015

Bintanok Jagung

Bintanok merupakan makanan yang sinonim dengan Bangsa Rungus di Sabah.Juadah ini adalah juadah turun-temurun, namun semakin "pupus" di kalangan generasi baru. Tidak ramai dewasa baru pada masa sekarang tahu membuat bintanok". Perkataan bintanok bermaksud "kuih parut". (ikut terjemahan saya la hehe..)

Terdapat beberapa jenis bintanok mengikut bahan yang digunakan seperti  bintanok dalai (jagung), bintanok runti (ubi kayu), dan bintanok punti (pisang).Di sini saya kongsikan resipi bintanok dalai iaitu kuih yang dibuat daripada jagung. Resipi ini adalah resipi yang lazimnya digunakan. (kemungkinan ada resipi dan cara membuat yang berbeza mengikut kreativiti individu tersebut).

Berikut adalah resipi dan cara-cara membuat  bintanok dalai:-

Bahan-bahan
  1. Jagung masak
  2.  Gula (secukup rasa)
  3. Air
  4. Kulit jagung

Cara-Cara
  1. Parutkan isi jagung masak di atas pemarut. (Kalau malas, boleh gunakan blender tapi tekstur isi yang dihasilkan tidak sama seperti yang  original.)
  2. Masukkan gula secukup rasa dan tambahkan sedikit air tapi jangan sampai terlalu cair.
  3. Bersihkan kulit jagung. Ambil kulit yang berada di sebelah dalam sikit. 
  4. Masukkan isi jagung yang diparut tadi ke dalam kulit jagung dan ikat. Tali pengikat biasanya diambil dari tepi kulit jagung, seperti yang biasa saya nampak orang tua saya buat, tapi ada juga yang menggunakan tali rafia.
  5. Masukkan isi jagung yang telah siap dibungkus tadi ke dalam periuk dan masukkan air samapai paras jagung tersebut. Kalau ada pengukus pun boleh. Kukus selama 10-15 minit bergantung pada kuantiti bintanok yang dibuat.
Bintanok Jagung dijual d tamu-tamu minggu.


No comments:

Post a Comment