Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Ayam Goreng ala KFC




Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk (boleh lebihkan 2 ulas lagi)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun tidak mengapa ~ sy guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini..)
3 ulas bawang putih ditumbuk sy skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur
Minyak secukupnya

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan

Mee Goreng Basah








Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm sudah kering atau tidak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa sudah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.

Cara Membuat Ikan Masin / Ikan Kering

Memproses ikan kering adalah satu cara pengawetan ikan secara tradisional sejak dahulu lagi, tetapi ianya tidak diusahakan secara komersial.
Ikan kering hanya diproses dari ikan-ikan lebihan untuk jualan atau ikan berkualiti rendah. Antara jenis ikan yang sering digunakan ialah ikan gelama, cencaru, duri, timah dan pari.

Carta Alir
Bahan-bahan Pemprosesan Ikan Kering
Ikan 100%
Garam Kasar 10 – 30%

Cara-cara Pemprosesan Ikan Kering
a) Menyiang Ikan
Ikan dibuang sisik, perut dan dibelah dari bahagian atas dan dibuka berbentuk ‘kupu-kupu’. Ikan yang telah siap disiang dibersihkan dari kotoran darah dan lemak.
b) Proses Pemerapan
Ikan disusun di dalam bekas dan ditabur garam kasar berselang seli dan berlapis-lapis serta dibiarkan semalam.
c) Mencuci
Ikan yang telah diperap air garam dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijemur.
d) Mengering
Ikan disusun di atas pemidai di bawah cahaya matahari seharian untuk dikeringkan.
e) Penyimpanan dan Pembungkusan
Ikan kering dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan di tempat yang selamat pada suhu bilik.

TIPS :
Ikan yang dijemur selalunya akan dihurungi lalat yang akan mengakibatkan ikan jadi berulat. Taburkan sedikit serbuk lada hitam bagi menghindarkan lalat.

Resipi Stew Ayam

Bahan-Bahan

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk BISTO
Garam n serbuk lada hitam secukup rasa

 

Cara:

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan . Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk . Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi .



Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutp api dapur. Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam. Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum tutup api dapur.

Sumber: Facebook-Kerja Dari Rumah