Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Ayam Goreng ala KFC




Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk (boleh lebihkan 2 ulas lagi)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun tidak mengapa ~ sy guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini..)
3 ulas bawang putih ditumbuk sy skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur
Minyak secukupnya

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan

Resipi Stew Ayam

Bahan-Bahan

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk BISTO
Garam n serbuk lada hitam secukup rasa

 

Cara:

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan . Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk . Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi .



Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutp api dapur. Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam. Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum tutup api dapur.

Sumber: Facebook-Kerja Dari Rumah



Monday, November 23, 2015

Resipi Ayam Penyet



Bahan-bahan ( hidangan utk 6 orang )

Untuk Ayam:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.


Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)


Cara-cara

Untuk Ayam Penyet:
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk sup:


Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.